This blog belongs to

Tuesday, May 26, 2009

SOUNDTRACK KIAS CiNTA


LAGU RINDU
OST KIAS CINTA
ciptaan : meero


seandainya
langit kelam tak berbintang
tiada cahaya menyuluh gelapnya hati
yang selama ini terkunci
dirantai sepi

cinta ini
bergulir dalam relung hati
melenyapkan sepi membenihkan rindu

apakah
takdirnya sebuah cinta ini
tidak pernah aku mengerti
kerna yang kupasti cinta ini
beronak duri

kutulis rindu
menjadi bait-bait puisi
kukiaskan rasa hati
menjadi kiasan cinta

(melodinya terserah korang nak lagukan macam mana!)

Sunday, May 24, 2009

RAMBUT PALSU BERWARNA PERANG



Sesampai aku di office Mama Ita
Aku memulakan operasi aku dengan menghadap PC..
Setelah puas ber online aku menyelinap masuk ke bilik mama
dan melihat mama tengah mengeluarkan something yang berbulu perang..
Rupanya itu adalah wig..

Tiba2 mama meng offer aku untuk memakai wig tersebut
Dengan perasaan ingin mencuba dan gatal
Aku pon kata “nak…nak..nak..’’
Lalu mama memakaikan aku rambut palsu pendek..
Actually 1st time aku pakai wig..so agak excited la..

Setelah selesai proses memakai benda lah tu
Aku melihat wajah ku di hadapan cermin..
Lalu hati ku berkata not bad..cantik gak..
Bertambah kembang bontot aku apabila mama memuji aku..

Kemudian dengan perasan nya aku pergi menayang
rambot palsu ku di hadapan Ariel dan Kak Anis..
Wah…mereka turut memuji rambut itu padan dengan wajah ku..

LOVE ME?? NO!!


Pada suatu malam yang dingin
dibawah tiang lampu bergemelapan di
tepi kolam renang sebuah kondominium duduk seoarang
gadis dan seoarng jejaka sedang berborak2 tentang kehidupan
masing-masing kerna sudah hampir 3 bulan tidak bertemu

Asyik berborak dengan keadaan seolah2
ada pasu di antara pasangan itu tiba2 jejaka itu
menyatakan hasrat untuk memiliki hati si gadis itu..

Gadis itu terkejut sebentar
Lalu terpinga2 dan akhir nya tergelak..
Tetapi jejaka itu sekali lagi menekankan sekali lagi
tentang hasrat nya itu yang mahu kan sebuah perhubungan yang serius..

Kali ini gadis itu betol2 terkejut dan dia terdiam..
Dia mula berfikir apa yng dikata kan jejaka itu..
Setelah berfikir dia pon berkata kepada jejaka itu bahawa dia
tidak dapat menerima cinta lelaki itu..

Kemudian jejaka itu bertanya apakah alasan
bagi penolakan cintanya..Padahal lelaki itu telah menunggu
selama 3 bulan tentang hasrat nya itu..
Dalam diam gadis itu berfikir apakah alasan sebenarnya
yang membuatkan gadis itu tidak dapat menerima cinta itu..
Apa lagi yang tidak ada pada jejaka itu??
Dia mempunyai wajah yang tampan..
Ada gaya tersendiri..berbudi bahasa
Menghormati dan komited terhadap apa yang dilakukan..

Lalu gadis itu pon berkata bahawa dia belum bersedia
menerima cinta seorang yang bernama “LELAKI”..
Dengan berat hati,akhirnya akur dengan kehendak gadis itu..
Tapi dia berkata dia akan terus menunggu..

I MISS U, SON


Pada pukul 2 tadi
aku menonton rancangan
di TV3 iaitu Nona yang memaparkan
sebuah segmen penjagaan bayi..

Entah kenapa fikiran aku
mula melayang pergi ke sebuah wajah
seorang kanak-kanak benama Daniel..

Dia adalah anak kepada
Kak angkat aku iaitu kakak kepada ex boyfriend aku..
Seorang kanak-kanak yang memanggil aku Umi..

Sudah hampir 2 bulan aku tidak
Menemui nya..teramat rindu rasa dihati..
Mahu tidak nya aku lah orang yang memandikannya
Menyuapkan makanan,menidurkan dan menyakat…

Sejak dia dilahirkan sehingga
umur 2 tahun boleh dikatakan aku yang banyak
menjaga dan mengasuh Daniel kalau aku ke rumah Mama .

Tapi baru2 ini Kakak angkat menelefon aku
kerna Daniel nk bercakap dengan aku kata nya Daniel
rindu sangat kat aku..mendengar percakapan nya yang tidak berapa petah
bercakap tetapi bercakap seperti murai membuat aku tersangat lah happy.

Sudah pastinya dia tersangat lah nakal
dan “banyak akai”..aku cuma berharap dia membesar
dengan sihat dan gembira..Satu hari nanti aku akan menjenguknya juga..
Tapi yang pastinya bukan sekarang..
I always miss u…

.

AMSTERDAM




Pada minggu lepas seorang sahabat
yang bernama Ajiem menelefon aku dan mengajak aku hangout..
Pada mulanya tersangat la malas nak keluar malam2..
Tetapi setelah dipujuk akhirnya aku akur dengan kehendak beliau.
Setengah jam kemudian muncul lah seorang lelakiberbadan sasa
bekulit sawo matang,mata yang bundar,bibir yang munggil dan
berambt lurus terpacak ala-ala chicken little..

Lalu kami menaiki kereta Toyota berwarna merah
milik beliau..Dengan kelajuan yang agak maksima
aku bertanya “ nak g mana ni..bawak slow2 dah la”..
Dia pun menjawap “nak g Ampang”..

Setibanya kami di sebuah restoran mamak,
Seorang lelaki seorang lelaki yang berbadan agak kurus,
berkulit putih dan berambut ikal menuju ke arah kami..
Rupanya lelaki itu adalah Is sahabat baik beliau..

Kami pon menuju ke meja restoran itu
dan aku dikenalkan seorang lagi sahabat mereka yang aku
dah agak terlupa nama nya..

Lalu aku mengorder air kegemaran aku barli ais..
Sambil menonton sebuah movie mereka rancak berborak
dan hanya aku yang tidak banyak bercakap..

Lebih kurang setengah jam menghabiskan masa di situ serta
masing2 bermuka macam paraok kerana sudah kebosanan..
Lalu Is dan seorang lagi sahabat beliau mengeluarkan idea untuk
pergi ke Amsterdam untuk menemui girlfriends mereka..

Aku pon agak kebinggungan dengan penyataan mereka..
Pergi ke Amsterdam…hmm..macam2 soalan bermain di fikiran aku..
Di manakah Amsterdam itu?
Apakah Amsterdam yang kat oversea?
Siapakah girlfriends mereka yang berada di sana?

Setelah membayar bil minuman yang kami minum tadi
Kami meluncur laju menaiki kereta milik ajiem..
15 minit kemudian sampai lah kami di Amsterdam yang di war2 kan oleh mereka..

Rupanya Amsterdam itu adalah kawasan pondan dan bapok..
Alangkah terkejutnya aku apabila sampai di sana..
Is menyuruh aku lock pintu kereta..dia kata untuk keselamatan..
Lalu aku bertanya kepada mereka “apa kejadah nye kiter lalu kat sini”
Is menjawap “aku ngah wat assignment ni..tgok ni aku catit note”
Tiba2 aku terasa seperti mahu menyekeh kepala 3 orang budak dalam kereta ini..
Cuma keadaan tidak mengizin kan untuk aku berbuat demikian..

Lupakan pasal mereka aku mahu menceritakan pasal rakyat2 pondan disana..
Alangkah terkejutnnya kau apabila melihat keadaan mereka
yang tersangat lah sexy dan hot serta memiliki tubuh seperti perempuan
dan wajah yang cantik sehingga menimbulkan perasaan jelous dihati..
Tapi secantik2 mereka cantik lagi perempuan tulen dan mereka tetap lelaki..

Sedang menyusuri jalan itu tiba2 aku ternampak seorang pondan
yang agak tua dalam lingkungan 40-an..
Alangkah terkejutnya aku melihat wajahnya seperti
“zombie kampung pisang” bak kata Ajiem..
Aku mula berfikir,ada ka lelaki yang mahu melanggan pondan seperti itu..

Kereta Toyota yang kami naiki meredah lagi jalan
yang penuh dengan masyarakat pondan..
Tiba2 Is bersuara “Hot giler pondan ni”
Aku pon beralih arah melihat apa yang dikatakan oleh Is..
Memang hot pon..Dengan gaya nya yang gedik menarik custumor..
Dengan slumber nya Is membuka tingkap dan memanggil lelaki bertopengkan wanita
itu dengan panggilan yang sangat la manja “hye baby..”
Lalu kereta kami meriah dengan gelak ketawa akibat daripada perbuatan Is..

Setelah 3 kali pusing di jalan yang sama
Kami mengambil keputusan untuk menamatkan sesi tugasan Is kononnya
Dan akhirnya aku dihantar pulang ke Kondominium Setapak Ria
Iaitu rumah yang aku duduki sekarang..

Saturday, May 23, 2009


Apa itu CINTA???

Cinta itu KEBAHGIAAN
Cinta itu KEKECEWAAN
Cinta itu KEINGINAN
Cinta itu KEPERLUAAN
Cinta itu PENGORBANAN
Cinta itu PENGETAHUAN
Cinta itu PENDORONG
Cinta itu PEMUSNAH
Cinta itu IMPIAN
Cinta itu PERTARUNGAN
Cinta itu PERJUDIAN
Cinta itu KESEDIHAN
Cinta itu KEGEMBIRAAN
Cinta itu GELAK TAWA
Cinta itu AIR MATA
Cinta itu NAFSU
Cinta itu KEBODOHAN


CINTA yang tulus adalah cinta kepada NYA

Thursday, May 21, 2009

KIAS CINTA




Chinta,
Jujur aku pengen kamu bahagia...Cuma maafin aku…Tapi itu gak berarti aku gak sayang sama kamu..Aku bener-bener sayang…Maaf kalau aku membuat kamu gak bahagia..Maafin kalau aku udah nyakitin kamu..Maaf kalau aku gak bisa mengambil keputusan seperti yang kamu harapkan..Dan maaf, kalau kamu merasa dipermainkan oleh aku...Sama sekali gak ada niat seperti itu..Kamu pasti tau dan bisa merasakan kalau aku tulus…Bahkan aku rela kalau kebahagiaan aku ditukar dengan kesedihan kamu…Kalau pun kamu mendapatkan itu dari orang lain, yakinlah, aku tulus menerimanya…Yang penting kamu bahagia…Tolong jangan anggap ini sebagai cara aku melarikan diri...Gak ada niat seperti itu..Aku cuma tidak bisa memaafkan diriku sendiri kalau kamu menderita karena aku…Kamu menanti di ujung ketidakpastian karena aku…Kamu berjalan dalam kebimbangan karena aku…Aku tidak ingin kamu seperti itu..Sekali lagi maafin aku!!

ikhlas,
Fahmi


Tahniah kepada seorang pengarah muda, Meero kerana
telah berjaya menghasilkan sebuah karya terbaru beliau yang berjudul
KIAS CINTA yang dibintangi oleh Asmiedar sebagai Chinta dan turut memperkenalkan
wajah baru iaitu Walids sebagai Fahmi.. Turut dibantu sekali lagi oleh barisan
pelakon seperti Arm,e-Fun dan Nett..Pengarah filem Honeybiru juga telah
bertukar angin dengan membikini sebuah kisah cinta Islami kerana ingin
membuat sesuatu yang baru..
Meero yang terkenal dalam pembikinan filem-filem tentang
kehidupan romantis seperti Mengejar Pelangi,Forever,Mimpi Que,Racau
dan Lonely Clown kini telah membuat suatu kejutan dengan membkini filem ini.
Beliau juga berharap filem ini akan mendapat tempat di hati
penonton-penonton di Malaysia dan Indonesia..Filem ini pasti menjanjikan
kesan emosi yang memdalam.Oleh itu saksikan filem ini di pawagam berdekatan


Waduh2…..cantik kan poster ni…
1st of all congrate to Alang kerna menghasilkan
sebuah poster yang begitu cantik skali….
Nampaknya Alang telah menunjukan kepakaran
Dalam edit-mengedit ni..
Aku pon turut bangga kerna pics aku yang ini menjadi pilihan..
Tapi aku tertanya2 siapa kah gerangan lelaki
bernama Walids yang terpaste bersama gambar aku…
Nanti lah aku call Alang tanya siapa lelaki itu.


p/s : Filem Kias Cinta sebenarnya tidak wujud dan hanya lah rekaan semata2
tiada kena mengena antara yang idup atau yang telah meninggal dunia..
Tapi yang pasti nya ini adalah karya original MEERO